PBTSELANGOR

Denda RM1,000 atau penjara jika pandu kenderaan berat waktu larangan

SHAH ALAM, 9 MEI: Denda RM1,000 dikenakan terhadap pemandu kenderaan berat yang memandu dalam tempoh masa larangan di kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan pemandu yang didapati melakukan kesalahan tersebut juga boleh dihukum penjara hingga tiga bulan.

Berdasarkan info grafik dikongsi di Facebook MBSJ, tempoh larangan pemanduan adalah pada jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam.

Tempoh larangan memandu kenderaan berat itu terpakai bagi dua jalan iaitu di Persiaran Tujuan dan Persiaran Kewajipan.

MBSJ memaklumkan jenis kenderaan berat yang dilarang bagi tempoh masa itu adalah kenderaan dengan muatan lebih 10,000 kilogram termasuk tong tangki minyak atau air, lori balak dan treler.


Pengarang :