Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dua daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 14 MEI: Dua daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor dan Petaling diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 7 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kawasan lain adalah Kuala Lumpur; Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan; Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor; Batang Padang dan Muallim di Perak; Pasir Puteh, Kelantan; Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu seta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Kawasan lain adalah Lawas di Sarawak; Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau, Tambunan), Ranau, Kunak dan Lahad Datu, Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran serta Kota Marudu di Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :