Keadaan aliran trafik Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer 279 Arah Selatan sesak dan bergerak perlahan ketika tinjauan pada 4 Mei 2022 berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Hari Raya Aidilfitri di Ipoh. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dua kemalangan sebabkan kesesakan di lebuh raya Plus

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di laluan Paguh-Yong Peng di KM115.9 Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) telah mengakibatkan kesesakan trafik sejauh 3.3 kilometer arah selatan lebuh raya itu pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter melaporkan terdapat juga kemalangan di laluan Tapah-Gopeng di KM308.5 ar ah utara menyebabkan lorong kanan terhalang.

“Kemalangan tersebut (laluan Tapah-Gopeng) menyebabkan kesesakan berlaku sepanjang 2.8 kilometer arah utara,” demikian menurut laporan tersebut.

Aliran trafik di lebuh raya utama yang lain termasuk di sekitar Lembah Klang dilaporkan bergerak lancar dan terkawal pada hari keempat sambutan Aidilfitri, hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik .

– BERNAMA


Pengarang :