ADN Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof
ADNSELANGOR

DUN Dusun Tua anjur ziarah pesakit kronik sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 18 MEI: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua bakal menjayakan program ziarah pesakit kronik sempena perayaan Aidilfitri ini.

Wakil rakyat Edry Faizal Eddy Yusof berkata setakat ini pihaknya mengenal pasti 10 pesakit dan aktiviti ziarah akan dilakukan dalam masa terdekat secara berperingkat.

“Program ini mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis). Mereka akan menyerahkan bantuan wang tunai kepada pesakit ketika program nanti.

“Diharapkan bantuan ini meringankan beban mereka terutama ketika musim perayaan ini. Kita mahu mereka gembira sepanjang Syawal,” katanya kepada SelangorKini.

Pada Mac lalu, Yang Dipertua Pekawanis memaklumkan pihaknya membelanjakan RM95,000 bagi membantu pesakit kronik membeli ubat menerusi program Ziarah Medik.

Jelas Datin Seri Masdiana Muhammad, bantuan itu diutamakan kepada ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah melibatkan 38 DUN.


Pengarang :