Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor dijangka alami ribut petir sehingga 5 petang

SHAH ALAM, 9 MEI: Empat daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan kawasan terbabit adalah Sabak Bernam, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Amaran sama turut diramal berlaku di Perak, Terengganu, Pahang, Putrajaya dan Negeri Sembilan manakala bagi Labuan, Sarawak dan Sabah dijangka sehingga jam 6 petang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :