Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Enam daerah di Selangor dijangka ribut petir, hujan hingga 6 petang

SHAH ALAM, 13 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 6 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta seluruh Perlis dan Putrajaya.

Manakala Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, Sik, Baling dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai).

Pahang pula di Raub dan Bentong, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah) serta Johor (Mersing).

Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Kapit (Song, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang selain Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahar Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :