Selangorkini
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Lembah Jaya Selatan pada 29 April 2022. Foto MPAJ
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Enam pusat kebajikan, rumah anak yatim terima sumbangan raya MPAJ

SHAH ALAM, 10 MEI: Sebanyak enam pusat kebajikan termasuk rumah anak yatim menerima sumbangan Aidilfitri melalui program Kongsi Rezeki Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Yang Dipertua Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata penyerahan dilaksana secara berperingkat sejak 29 April lalu meliputi barangan berupa beras, gula, susu, minyak masak, tepung dan lampin pakai buang.

“Setiap pertubuhan turut menerima wang tunai RM1,000 dan duit raya berjumlah RM2,000. Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak menceriakan lagi sambutan perayaan golongan terbabit.

Yang Dipertua Mohd Fauzi Mohd Yatim beramah mesra bersama anak-anak di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Lembah Jaya Selatan pada 29 April 2022. Foto MPAJ

“Program ini juga diadakan bertujuan mendekati dan membantu individu yang memerlukan bantuan selain melaksanakan salah satu tanggungjawab sosial MPAJ,” katanya menerusi kenyataan.

Antara penerima ialah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Lembah Jaya Selatan; Pusat Jagaan Sri Mesra, Taman Watan dan Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, Taman Melawati.

Turut menerima bantuan ialah Pertubuhan Kebajikan Nur Hati, Taman Rasmi; Pertubuhan Kebajikan Asnaf An Naafi Kuala Lumpur, Bukit Antarabangsa dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia, Taman Sepakat.


Pengarang :