Ruam merah pada tapak kaki dan tangan antara tanda-tanda jangkitan tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada kanak-kanak. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: 419 kanak-kanak terima rawatan di hospital akibat HFMD

SHAH ALAM, 28 MEI : Seramai 419 kanak-kanak di negeri ini dimasukkan ke hospital akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) setakat 21 Mei tahun ini.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata daripada jumlah itu, lebih 400 kanak-kanak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk pemerhatian lanjut kerana tiada ubat boleh merawat HFMD

“Apa yang penting adalah kita minta ahli keluarga terus menjaga kebersihan dan ambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan wabak ini tidak merebak.

“Ibu bapa juga dinasihatkan tidak bersikap penting diri dengan menghantar anak-anak ke tadika, taska atau atau pusat asuhan jika didapati ada gejala HFMD.,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Suai Kenal Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) dan Jaringan Bersama Alumni AKW di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Pada 24 Mei, ketua pengarah kesihatan memaklumkan sejumlah 47,209 kes HFMD dilaporkan setakat 21 Mei, meningkat 20 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan itu sudah dijangka berikutan pergerakan penduduk semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 


Pengarang :