Exco Pertanian Ir Izham Hashim menyampaikan komputer riba dan tablet kepada warga tani selepas merasmikan program Jelajah Agro Selangor 2022 di Central i-City, Shah Alam pada 27 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Agihan komputer riba, tablet bantu warga tani celik digital

SHAH ALAM, 28 MEI: Sebanyak 100 komputer riba dan 50 tablet telah dan akan diedar kepada warga tani sepanjang tahun ini, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata pengagihan gajet itu sebagai usaha memberi pendedahan kepada golongan tersebut kepada pendigitalan.

“Ini untuk meningkatkan celik digital dalam kalangan warga tani jadi kita sediakan kemudahan itu.

“Pemberian ini tidak akan terhenti di sini sahaja sebaliknya mereka akan mengikuti kursus untuk memantapkan pemahaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini selepas melancarkan Jelajah Agro Selangor di Central I- City di sini, malam tadi.

Pada program itu beliau turut menyampaikan sumbangan komputer riba dan tablet kepada 15 warga tani.

Kerajaan Negeri menawarkan bantuan peranti melalui Program Agro Prihatin kepada warga tani berpendapatan RM2,000 sebulan atau ke bawah.

Inisiatif meliputi 100 komputer riba dan 50 tablet boleh dimohon secara dalam talian mulai semalam hingga 28 Februari.


Pengarang :