Petugas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memantau lembangan sungai selama 24 jam menjelang Aidilfitri bagi mengelak henti tugas loji rawatan air. Foto Facebook LUAS
AGENDABERITA UTAMAEXCONASIONALSELANGOR

EXCO: Luas tingkat pemantauan, bendung pencemaran berhampiran loji rawatan air

SHAH ALAM, 1 MEI: Kerajaan Negeri sudah mengarahkan Lembaga Urus Ar Selangor (Luas) untuk meningkatkan pemantauan 24 jam di kawasan tumpuan dan sensitif pencemaran di sepanjang lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat.

EXCO infrastruktur dan pertanian, Ir Izham Hashim, ia susulan pencemaran bau yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir jam 12.15 tengah hari semalam, hingga memaksa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas pada jam 12.15 tengah hari semalam.

Namun, beliau berkata bekalan air sudah disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna mulai jam 12.15 pagi tadi dan bantuan alternatif menerusi lori tangki masih digerakkan untuk kemudahan pengguna khususnya di premis kritikal.

“Kerajaan Selangor mengambil maklum proses henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada jam 12.15 tengah hari semalam.

“Lembaga Urus Ar Selangor (Luas) menjalankan siasatan di beberapa lokasi yang berpotensi menjadi punca pencemaran di Sungai Semenyih dan Sungai Beranang serta pertemuan Sungai Semenyih dan Sungai Beranang serta beberapa kawasan di hulu dan hilir Sungai Beranang.

“Bagaimanapun, tiada kesan minyak ditemui dan ujian bau menunjukkan keputusan 0 ton,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) membabitkan kos RM300 juta merangkumi empat pakej utama di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih bagi menyediakan jaringan bekalan air alternatif jika berlaku insiden pencemaran.

“SJAM akan memastikan bekalan air berterusan dapat disalurkan kepada pengguna jika berlaku insiden pencemaran dan ia dijangka siap akhir tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan setakat jam 9 pagi tadi, pemulihan bekalan air di kawasan terjejas sudah mencapai tahap 95 peratus.


Pengarang :