EXCO Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas) Dato’ Teng Chang Khim berucap pada sambutan Hari Wesak Peringkat Negeri Selangor di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen, Kuala Langat pada 14 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Permudah bantuan, persatuan agama bukan Islam boleh mohon dalam talian

KUALA LANGAT,15 MEI: Sistem Bantuan Kewangan Lima Agama (Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao) kini boleh dilakukan menerusi dalam talian.

EXCO Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao  Dato’ Teng Chang Khim berkata sistem tersebut  memudahkan serta mempercepatkan proses permohonan bantuan kewangan untuk persatuan agama.

“Sejak mula dilancarkan pada 1 Mac lalu sebanyak 330 permohonan diterima secara atas talian sehingga 6 April,” katanya.

Beliau berucap dalam majlis perasmian sambutan Hari Wesak peringkat negeri di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen, Jalan Sungai Buaya Jenjarom di sini, semalam.

Tambah Chang Khim, wakil persatuan boleh melayari laman sesawang limas.selangor.gov.my dan seterusnya mendaftar sebagai pengguna.

“Mereka perlu mengemukakan permohonan yang lengkap disamping memuatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan melalui sistem ini.

“Pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka melalui sistem ini,” katanya.


Pengarang :