Pengerusi Pertubuhan Generasi Keadilan Yusmadi Yusoff berucap ketika Majlis Makan Malam Generasi KEADILAN di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya pada 8 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Generasi Keadilan anjur majlis Aidilfitri, kenang jasa pejuang parti terdahulu

PETALING JAYA, 8 MEI: Pertubuhan Generasi Keadilan mengadakan majlis makan malam Aidilfitri bagi mengenang kempen reben putih yang digerakkan lebih 20 tahun lalu, hari ini.

Pengerusinya Yusmadi Yusoff berkata penganjuran itu bertujuan menaikkan semula semangat ahli parti untuk terus berjuang membantu rakyat terutama ketika pasca pandemik Covid-19.

“Majlis ini mengingatkan kita dengan perjuangan yang dibawa selama ini. Kita mahu kembalikan kenangan serta jasa pejuang parti terdahulu yang banyak berkorban.

“Malam ini ramai mantan Angkatan Muda Keadilan serta ahli Pro 98 Reformis, Otai Reformasi dan Jingga 13 yang datang memeriahkan majlis,” katanya berucap pada majlis berkenaan.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia Halimey Abu Bakar, ADN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri dan ADN Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri.

Sempena majlis berkenaan, pertubuhan tersebut turut mendedikasikan anugerah keusahawan, kebudayaan, kebajikan dan sukan kepada empat ahlinya sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka untuk parti.

Majlis Makan Malam Generasi Keadilan di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya pada 8 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :