ADN Balakong Wong Siew Ki bercakap kepada media selepas menyerahkan kad SIM percuma di Pusat Khidmat Rakyat DUN Balakong di Taman Kasturi, Kajang pada 26 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Hadiah, baucar RM1,000 untuk pemenang foto kreatif anak dan ibu bapa

SHAH ALAM, 24 MEI: Orang ramai berpeluang memenangi baucar beli-belah serta hadiah bernilai RM1,000 menerusi pertandingan fotografi kreatif anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Wakil rakyatnya Wong Siew Ki berkata pertandingan sempena Hari Ibu dan Hari Bapa yang disambut pada bulan ini serta Jun boleh disertai mulai 19 Mei hingga 12 Jun.

“Peserta bersama ibu bapa perlu bergambar dalam keadaan sebelum dan selepas pertukaran pakaian antara mereka serta menghantarkan gambar tersebut ke pautan (link) disediakan,” katanya menerusi Facebook.

Katanya gambar itu seterusnya akan dimuat naik di Facebook Wong Siew Ki dengan yang paling banyak mendapat tanda suka akan memenangi hadiah.

“Lapan gambar peserta yang mendapat tanda suka (like) tertinggi akan memenangi baucar membeli-belah dan hadiah bernilai RM1,000,” katanya.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi https://forms.gle/HNMe85AMWCFWRkmw6


Pengarang :