Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Zamani Mansor bersama orang ramai yang menyertai program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 22 Mei 2022. Foto MBSA
PBTSELANGOR

Hampir 1,500 sertai Shah Alam hari tanpa kenderaan sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 24 MEI: Hampir 1,500 pengunjung memeriahkan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 22 Mei lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya Shahrin Ahmad berkata pelbagai aktiviti menarik antaranya membawa juadah sendiri berkonsepkan ‘piknik dan potluck’ untuk program diadakan di Dataran Kemerdekaan di sini.

“Program ini turut dimeriahkan dengan penglibatan lebih 500 kumpulan basikal lipat yang membuat kayuhan secara santai sambil mengenakan pakaian raya.

“Selain itu, aktiviti menarik lain antaranya acara larian dan berjalan santai, senamrobik, zumba, persembahan buskers serta cabutan bertuah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pengunjung terlibat dalam aktiviti berbasikal dalam program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 22 Mei 2022. Foto MBSA

Menurut Shahrin, bagi menceriakan golongan kanak-kanak MBSA turut mengadakan aktiviti seperti persembahan badut, lukisan muka, belon udara, karikatur, seni pasir dan potret keluarga.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis antaranya Datuk Hail Amir, Rohana Jalil, Razis Ismail dan kombo muzikal MBSA.

Turut disediakan perkhidmatan kepada orang ramai seperti pengoperasian pejabat bergerak Shah Alam On Wheels, perpustakaan bergerak dan pameran oleh Skuad Pantas MBSA.

Majlis tersebut disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Zamani Mansor.


Pengarang :