PBTSELANGOR

Hampir 30,000 pemilik harta layak menangi cabutan bertuah MPAJ

SHAH ALAM, 26 MEI: Sebanyak 29,207 pemilik harta layak menyertai cabutan bertuah bulanan cukai taksiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi Mac dan April lalu.

Pegawai Komunikasi Korporatnya Norhayati Ahmad berkata sempena Ulang Tahun MPAJ yang ke-30, seramai 75 pemenang cabutan bertuah disahkan layak pada April lalu.

“Antara hadiah menarik ditawarkan antaranya Thermomix, Ipad Pro dan basikal elektrik. Manakala bagi Mei pula cabutan bertuah hadiah utama menawarkan hadiah kereta Proton Myvi akan dilaksanakan bersama dengan 35 lagi hadiah bulanan yang lain.

“Majlis cabutan bertuah ini berlangsung di Lobi Aras 4, Menara MPAJ pada Selasa depan,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Orang ramai boleh mengikuti majlis tersebut menerusi siaran langsung di Facebook rasmi MPAJ pada jam 1 petang.


Pengarang :