Orang ramai menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di BBST Walk Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 25 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hampir 5,000 penduduk sertai rumah terbuka Aidilfitri di Sepang

SEPANG, 18 MEI: Kira-kira 5,000 penduduk pelbagai bangsa menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor yang diadakan di BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi di sini malam ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Mohamad turut hadir memeriahkan majlis yang berkonsepkan santai.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim; Pegawai Daerah Sepang Azali Ibrahim serta EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han juga menyertai majlis berkenaan.

Amirudin mengambil peluang menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak selain melawat 23 gerai makanan dikendalikan agensi Kerajaan Selangor.

Penyanyi Datuk Hattan dan Farahwahida tampil mendendangkan lagu raya bagi menghiburkan tetamu.

Majlis rumah terbuka negeri diadakan mulai 15 hingga 21 Mei ini bagi meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19.

Program tersebut membuka tirai pada Ahad lalu di Hulu Selangor diikuti di Gombak pada Isnin dan Hulu Langat semalam, yang dihadiri ribuan pengunjung.


Pengarang :