KUALA LANGAT, 19 MEI: Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di Stadium Jugra di sini malam ini, disambut meriah dengan kunjungan hampir 5,000 tetamu.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Mohamad.
Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, Pegawai Daerah Muhammad Heeza Hassan, Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat Borhan Aman Shah, ADN Morib Hasnul Baharuddin dan ADN Banting Lau Weng San antara tetamu yang hadir.

Pada majlis itu, Amirudin turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak.
Pelbagai menu disajikan kepada pengunjung antaranya nasi minyak, sate, kambing bakar, lemang, ketupat, rendang dan buah-buahan.
Majlis rumah terbuka negeri diadakan mulai 15 hingga 21 Mei ini bagi meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19
Program tersebut membuka tirai pada Ahad di daerah Hulu Selangor diikuti di Gombak, Hulu Langat dan Sepang yang dihadiri ribuan pengunjung.
Majlis rumah terbuka diteruskan esok di Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor mulai jam 3 hingga 6 petang.
