AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Hijrah belanja lebih RM10 juta, bantu 115 usahawan menerusi skim i-Lestari

SHAH ALAM, 30 MEI: Lebih RM10.1 juta diberikan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) kepada usahawan menerusi pembiayaan skim i-Lestari setakat April lalu.

Eksekutif promosinya berkata pinjaman itu memberi manfaat kepada 115 usahawan dalam membantu golongan itu mengembangkan lagi aktiviti perniagaan.

“Setakat ini, bayaran semula pinjaman amat baik dan mencapai 107 peratus. Ini kerana kebanyakan usahawan membuat bayaran pinjaman melebihi jumlah ditetapkan.

“Seramai 72 permohonan usahawan kini sedang diteliti dan dalam proses kelulusan,” kata Muhammad Ihsan Mohammad Rosdi Kamal kepada SelangorKini.

Usahawan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pinjaman boleh menghubungi 20 cawangan Hijrah berhampiran untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com

Pada 27 Oktober, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan skim i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim di bawah Hijrah yang berkonsepkan islamik.

Skim berkenaan diperkenal bagi usahawan memulih dan memulakan semula perniagaan terjejas susulan Covid-19.

Amirudin menjelaskan jumlah pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM100,000 untuk mengembangkan perniagaan.


Pengarang :