AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hujan lebat, ribut petir berterusan di Selangor hingga petang

SHAH ALAM, 25 MEI: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berterusan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 4 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negeri lain seperti Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor turut mengalami cuaca sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :