Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal ribut petir, hujan lebat

SHAH ALAM, 2 MEI: Tiga daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan kawasan terbabit ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Amaran sama turut diramal berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih


Pengarang :