Balai Cerap Jabatan Mufti Negeri Selangor yang terletak di Sungai Lang Parit Baru, Sungai Air Tawar. Foto Facebook Jabatan Mufti Negeri Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jabatan mufti Selangor putuskan Syawal berakhir hari ini

SHAH ALAM, 31 MEI: Jabatan Mufti Negeri Selangor memutuskan hari ini adalah hari terakhir Syawal berdasarkan kedudukan bulan dan matahari.

Jabatan itu menerusi perkongsian di Facebook semalam memaklumkan ijtimak bulan berlaku pada 30 Mei 2022 jam 7.32 malam.

“Berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada hari ini (semalam) iaitu hari Isnin, 29 Syawal 1443 Hijrah mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria imkanurrukyah.

“Maka, keesokan hari (hari ini), 31 Mei 2022 iaitu hari Selasa adalah bersamaan dengan 30 Syawal 1443 Hijrah,” katanya.

Maka dengan itu, katanya, 1 Zulkaedah 1443 Hijrah ditetapkan pada Rabu 1 Jun 2022.

Jabatan Mufti Negeri Selangor turut berkongsi info grafik kedudukan bulan pada 30 Syawal 1443 Hijrah.


Pengarang :