Salah seorang pengantin dinikahkan ketika Sambutan Maal Hijrah 1441H dan Majlis Pernikahan Perdana di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak pada 1 September 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jais benar majlis akad nikah di mana-mana lokasi tanpa had kehadiran

SHAH ALAM, 18 MEI: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membenarkan majlis akad nikah diadakan di mana-mana lokasi tanpa had kehadiran kepada individu yang lengkap vaksin mulai kelmarin.

Menerusi perkongsian infografik di Facebook antara lokasi yang dibenarkan seperti pejabat agama Islam daerah, masjid, surau, rumah atau di mana-mana dewan.

Jais turut memaklumkan individu yang tidak lengkap vaksin boleh hadir ke majlis berkenaan tertakluk kepada beberapa syarat.

Antara syarat adalah individu berkenaan tidak positif Covid-19 dan tidak berada dalam tempoh arahan perintah pengawasan dan pemantauan (HSO).

Selain itu, individu bukan warganegara yang baru tiba di Malaysia tanpa vaksinasi lengkap tidak dibenarkan hadir.


Pengarang :