Bakal jemaah haji bergambar selepas selesai menerima insentif Haji Muassasah di Masjid Al-Amaniah Gombak pada 20 Julai 2017. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKIN
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Jemaah haji DUN Kota Anggerik boleh mohon insentif hingga Ogos

SHAH ALAM, 26 MEI: Permohonan Insentif Haji Muassasah buat bakal jemaah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik dibuka semalam hingga 24 Ogos ini.

Wakil rakyatnya berkata jemaah yang layak akan menerima tunai RM500 dan kit cenderahati mengandungi beg, cecair nyahkuman, losyen, pelembap bibir, tuala muka dan tisu basah.

“Insentif ini bagi meringankan beban jemaah dalam menyediakan keperluan ketika menunaikan ibadah,” kata Najwan Halimi ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, pemohon mestilah warganegara yang beralamat di DUN Kota Anggerik dan mendaftar dengan mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji di Selangor.

Manakala pemohon beralamat luar Selangor perlu menyediakan dokumen sokongan seperti bil utiliti dan mendapat surat sokongan pemimpin setempat, katanya.

“Jemaah menggunakan pakej swasta tidak layak menerima insentif ini,” kata Najwan lagi.

Insentif Haji Muassasah Selangor yang tertangguh dua tahun akibat Covid-19 diteruskan tahun ini dengan peruntukan RM1.5 juta dan memanfaatkan 3,000 jemaah.


Pengarang :