Peserta membuat pendaftaran sebelum masuk ke dewan untuk sesi temu duga ketika program Jelajah Jobcare Selangor di Dewan Taman Gemilang Dengkil, Sepang pada 14 Mei 2022. Foto Facebook UPPS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jobcare bantu pencari kerja, bakal diadakan di Hulu Langat pada 21 Mei

SHAH ALAM, 16 MEI: Jelajah Jobcare iaitu inisiatif Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) bakal berlangsung di Hulu Langat pada 21 Mei ini.

Program yang menawarkan hampir 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor itu diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ia membabitkan 10 siri jelajah di peringkat daerah bermula 26 Februari lalu dan dijadual berakhir 25 Jun depan.

Jobcare adalah antara usaha Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan akibat Covid-19 memperoleh pekerjaan.

Pada masa sama, program yang disertai 15 syarikat tempatan pelbagai sektor diharap mampu mengurangkan kadar pengangguran di Selangor.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uppselangor.wixsite.com/my-site.

Berikut adalah lokasi penganjuran Jelajah Jobcare:

  • Dewan Demesne, Hulu Langat (21 Mei)
  • Dewan Serbaguna Air Panas, Setapak (22 dan 23 Mei)
  • Dewan Taman Gombak, Gombak (4 Jun)
  • Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang (11 dan 12 Jun)
  • Dewan Banting Baru, Kuala Langat (18 Jun)
  • Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam (25 Jun)

Pengarang :