Pekerja memotong ayam yang dibeli pelanggan pada Karnival Jualan Mega Prihatin Rakyat di Dataran Puchong Permai, Subang Jaya pada 1 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jualan ayam murah diteruskan Jun ini, umum lokasi dalam masa terdekat

SHAH ALAM, 27 MEI: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah) akan meneruskan program jualan ayam murah mulai 1 Jun.

EXCO pemodenan dan asas tani berkata kaedah jualan agak berbeza dengan program Jualan Prihatin Rakyat dengan lokasi jualan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Ini sebahagian usaha dalam memastikan bekalan ayam tidak terputus selain menawarkan harga istimewa kepada rakyat.

“Biarpun kaedah pelaksanaan kali ini agak berbeza tetapi ia tetap menguntungkan kepada pengguna,” kata Ir Izham Hashim kepada SelangorKini.

Pada 24 Mei lalu, Izham berkata Kerajaan Negeri akan meneruskan program jualan ayam murah yang dilaksanakan sejak Disember tahun lalu hingga menjelang Syawal sebagai penyelesaian jangka pendek kekurangan bekalan.

Program itu diadakan sehingga perayaan Aidiladha dengan harga jualan lebih rendah berbanding harga pasaran dan diharap membantu pengguna mendepani isu tersebut.

Bekalan ayam ditingkatkan dari 4,000 ekor sehari kepada 10,000 ekor sehari bagi menampung kekurangan bekalan ayam.


Pengarang :