Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing memberi bunga kepada pengunjung sempena sambutan Hari Ibu di Pasar Sentosa Seksyen 17. Foto Facebook R Rajiv
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Jualan barang terpakai, rumah terbuka antara fokus DUN Bukit Gasing bulan ini

SHAH ALAM, 10 MEI: Sebanyak sembilan aktiviti akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing bagi manfaat warganya sepanjang bulan ini.

Ahli Dewan Negerinya, R Rajiv memaklumkan aktiviti itu bermula sejak kelmarin dengan sambutan Hari Ibu di Pasar Sentosa Seksyen 17.

“Saya dengan rendah hati ingin berkongsi dengan anda kalendar kami untuk bulan Mei. Sekarang semua orang sudah kembali daripada cuti Aidilfitri dan ini masanya untuk bekerja semula.

“Anda boleh pergi ke program dan bengkel seperti yang dinyatakan. Sebarang pertanyaan boleh emel ke [email protected],” katanya di Facebook.

Berdasarkan kalendar aktiviti yang dikongsi di Facebook, antara program yang akan dijalankan adalah jualan barangan terpakai, kelas telefon pintar dan Rumah Terbuka Aidilfitri.


Pengarang :