Peniaga menimbang ayam yang dibeli pelanggan dalam Karnival Jualan Prihatin Rakyat anjuran FAMA di Dataran Puchong Permai, Subang Jaya pada 1 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jualan murah barangan asas diadakan setiap musim perayaan

HULU LANGAT, 2 MEI: Karnival Jualan Mega Prihatin anjuran Kerajaan Selangor akan diadakan pada setiap musim perayaan bagi membantu rakyat membeli keperluan dengan harga murah.

EXCO Pemodenan Pertanian Ir Izham Hashim turut menyifatkan program yang dimulakan sejak Februari lalu amat berjaya serta mendapat sambutan ramai di setiap lokasi penganjuran.

“Insya-Allah kita akan tengok pada perayaan akan datang boleh kita beri sokongan lagi. Ia tidak boleh dibuat secara berpanjangan kena fokus ketika perayaan.

“Tidak semestinya Aidilfitri sahaja mungkin Tahun Baharu Cina juga nanti,” katanya selepas merasmikan Karnival Mantai 2022 di Dewan Haji Md Silin Beranang malam tadi.

Jualan murah barangan asas secara besar-besaran diadakan mulai 25 April lalu di 29 lokasi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Produk ditawarkan ialah 23,200 ekor ayam segar, 23,200kg daging pejal, tulang lembu (16,700kg), telur ayam gred B (18,200 papan), minyak masak paket (25,200 kg) serta 1,500kg ikan selayang dan kembung (QFish).

 


Pengarang :