Pengunjung mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) penjarakan fizikal ketika melakukan aktiviti riadah di Bukit Jugra, Kuala Langat pada 11 September 2021 selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran dan peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jumlah pelancong melonjak, luar bandar dan taman rekreasi jadi pilihan

SHAH ALAM, 26 MEI: Jumlah kehadiran pelancong di negeri ini meningkat dengan ketara seperti situasi sebelum pandemik Covid-19, kata Tourism Selangor.

Pengurus Komunikasi Korporatnya berkata antara lokasi yang menjadi pilihan ialah kawasan luar bandar seperti sawah padi di Sabak Bernam dan taman rekreasi di Air Terjung Kanching, Rawang.

“Mereka memilih lokasi ‘Outfit of The Day’ (OOTD) untuk mengambil gambar dengan keluarga bagi merakam kenangan Aidilfitri.

“Jumlah kehadiran pelancong meningkat lebih 100 peratus seperti sebelum Covid-19 sejak hari raya kedua,” kata Ahmad Nazri Tashriq Rahmat kepada SelangorKini.

Tourism Selangor menyenaraikan 10 lokasi yang mungkin sesuai dengan tema baju raya dan menyemarakkan lagi suasana Aidilfitri.

Lokasi tersebut dilengkapi pelbagai elemen antaranya kehijauan, pantai dan landskap bandar untuk anda memulakan sesi fotografi dengan memperagakan busana hari raya.

Lokasi tersebut ialah Laman Seni 7, Elmina Valley Park, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Padihijau Homestay, Lover’s Bridge, Tanjung Sepat dan Tamarind Square.

Selain itu, turut disenaraikan ialah Spacerubix, Kampung Pelangi, Bonda Valley dan Istana Bandar Jugra.

 


Pengarang :