EXCO Pemodenan dan Asas Tani Ir Izham Hashim. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Karnival jualan murah mega ketika Aidiladha fokus pasarkan ayam

SHAH ALAM, 11 MEI: Karnival Jualan Mega Prihatin ketika musim perayaan selepas ini akan memberi tumpuan kepada jualan ayam.

EXCO permodenan dan asas tani berkata usaha itu bagi membantu rakyat membeli ayam dengan harga yang lebih murah.

“Kita lihat sambutan sebelum ini amat menggalakkan dan Insya-Allah kita akan tengok pada perayaan akan datang boleh kita beri sokongan lagi.

“Yang terdekat Aidiladha kita tidak risau mengenai daging kerana sudah luluskan peruntukan untuk korban, jadi kalau nak buat mungkin ayam sahaja nanti,” kata Ir Izham Hashim kepada SelangorKini.

Jualan murah barangan asas secara besar-besaran diadakan mulai 25 April lalu di 29 lokasi seluruh negeri sempena sambutan Aidilfitri.

Produk ditawarkan ialah 23,200 ekor ayam segar, 23,200 kilogram (kg) daging pejal, tulang lembu (16,700kg), telur ayam gred B (18,200 papan), minyak masak paket (25,200kg) serta 1,500kg ikan selayang dan kembung (QFish).


Pengarang :