Petugas Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor ketika melakukan semakan, mengukur dan memperbetulkan arah kiblat dari rumah ke rumah. Foto Facebook Syafiq Hairom
AGENDANASIONAL

Kedudukan matahari tepat atas Kaabah esok, peluang semak arah kiblat

SHAH ALAM, 27 MEI: Umat Islam di negeri ini berpeluang melakukan semakan arah kiblat yang tepat sempena fenomena Istiwa A’dzam esok.

Istiwa’ A’dzam’ ialah kedudukan matahari tepat berada di atas Kaabah dan fenomena berkenaan berlaku dua kali setahun.

Jabatan Mufti Selangor memaklumkan fenomena itu berlaku pada 5.18 petang, manakala tempoh semakan bayang bermula jam 5.10 hingga 5.35 petang.

Menurut jabatan itu, orang ramai boleh merujuk waktu sirim melalui pautan mst.sirim.my atau mendail 1051untuk semakan jam.

“Mereka juga boleh menggunakan objek tegak dan lurus kemudian halakan objek ke arah cahaya matahari.

“Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan arah kiblat. Tandakan garis bayang yang terhasil,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

 


Pengarang :