BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Kejohanan seni bela diri esok, tawar cabutan bertuah

SHAH ALAM, 28 MEI: Kejohanan Selangor Martial Arts XTIV anjuran Jawatankuasa Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan akan berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, esok.

Pertandingan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan acara silat seni tempur dan tari sembah, taek wan do serta silambam.

Acara yang bermula jam 7.30 pagi hingga 5 petang turut menyajikan demonstrasi seni bela diri, senamrobik dan persembahan pemuzik jalanan.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah pada hari tersebut.

Individu berminat boleh hubungi talian rasmi 012-7323709 atau 011-20994843 (silat), 012-2469671 (taek wan do) dan 014-5009000 (silambam).

 


Pengarang :