Selangorkini
Mohd Khairuddin Othman (tengah) menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Ysuku Riders Malaysia pada sambutan Aidilfitri bersama YsukuRiders di Bukit Rahman Putra pada 14 Mei 2022. Foto MUSTAKIM RAMLI/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA SELANGOR

Kerajaan Negeri serah dana RM20,000 kepada YsukuRiders, hargai sumbangan bantu mangsa banjir

SUNGAI BULOH, 14 MEI: Lebih 4,000 penduduk sekitar daerah ini hadir ke majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Persatuan Ysuku Riders Malaysia (YsukuRiders) yang diadakan di Bukit Rahman Putra di sini, hari ini.

Program bermula jam 11 pagi dan dijadual tamat jam 5 petang itu juga dimeriahkan dengan kehadiran hampir 1,000 penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari seluruh negara.

Pelbagai juadah raya seperti lemang, ketupat dan redang disediakan kepada hadirin selain dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan iaitu Ayu Damit, Mus May dan Asheed Def Gab C.

EXCO generasi muda dan modal insan berkata Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan kumpulan penunggang motosikal Y15ZR yang sebahagian besarnya terlibat dalam industri penghantaran makanan (p-hailing) dan peranan mereka menghantar bantuan kepada mangsa banjir yang lalu.

“Sebagai penghargaan, Kerajaan Negeri menyumbangkan dana sebanyak RM20,000 kepada YsukuRiders atas sumbangan mereka.

“Semoga ia memberikan mereka semangat dan menjadi lebih bermotivasi untuk mereka menjalankan tugas dan membantu masyarakat di lapangan,” kata Mohd Khairuddin Othman.

 


Pengarang :