Ahli Dewan Negeri Kinrara, Ng Sze Han bercakap kepada media ketika sidang media projek pembinaan laluan baharu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Puchong Jaya, Subang Jaya pada 13 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Kerja mitigasi banjir Taman Kinrara bermula 18 Mei, kos bina RM800,000

SUBANG JAYA, 13 MEI: Kerja mitigasi banjir di Taman Kinrara di sini akan bermula 18 Mei ini, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara.

Ng Sze Han berkata kerja pembinaan benteng itu akan menelan belanja RM800,000 dengan kos dibiayai Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS).

“Saya dimaklumkan JPS pembinaan itu melibatkan panjang 300 meter dengan ketinggian dan lebar masing-masing dua meter.

“Di kawasan di Kolam Bohol, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan JPS Wilayah juga telah menjalankan kerja pendalaman dan pembersihan kerana ia cetek hingga mengakibatkan mudah banjir apabila hujan,” katanya.

Pada 28 Mac lalu, Sze Han memaklumkan beliau ke tapak Kolam Bohol untuk menyaksikan kerja-kerja pedalaman kolam yang semakin cetek dan sempit.

Beliau yang juga EXCO kerajaan tempatan berharap usaha pedalaman kolam dan pengukuhan tebing itu dapat mengelakkan banjir di Taman Kinrara pada masa depan.


Pengarang :