Petugas kesihatan memeriksa mata peserta program Selangor Saring di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 22 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Kesan barah lebih awal menerusi Selangor Saring, semua berisiko termasuk kanak-kanak

SHAH ALAM, 27 MEI: Terdapat lima jenis barah yang popular di negara ini dan berisiko menyerang semua peringkat masyarakat termasuk kanak-kanak.

EXCO kesihatan awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata kanser berkenaan adalah payudara, kolorektum, paru-paru, limfoma dan nasofaring.

“Untuk pengetahuan anda semua golongan termasuk orang muda, tua, lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak berisiko mendapat serangan barah di atas.

“Jom cegah barah dari awal dan menjalani saringan kesihatan segera dengan mendaftar di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah),” katanya di Facebook.

Program Selangor Saring menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk negeri ini dan ia akan diadakan di Sabak Bernam, esok.

Bagi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dan Sungai Air Tawar, mereka diminta mengunjungi Dewan Tun Razak, Sabak Bernam manakala bagi DUN Sungai Panjang ia berlangsung di Dewan Simpang Lima, Sungai Besar.


Pengarang :