AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Kuala Langat diramal ribut petir, hujan hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 5 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 12 tengah hari ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut dijangka berlaku di negeri ini melibatkan daerah Kuala Langat.

Manakala Perak di Manjung dan Bagan Datuk; Pahang (Lipis), Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing) serta Sabah (Sandakan (Beluran) dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.


Pengarang :