Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kuala Langat, Sepang dijangka hujan lebat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 2 MEI: Kuala Langat dan Sepang di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 1 pagi esok.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran sama turut membabitkan seluruh Melaka, Perlis, Pulau Pinang; Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan; Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor; Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Hulu Perak, Perak; Besut, Terengganu serta Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

Kawasan di Sarawak pula membabitkan Pakan dan Julau, Kanowit, Song, Kapit dan Belaga; sementara di Sabah adalah Ranau, Tawau, Lahad Datu, Tongod dan Telupid.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :