Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Komuniti dan Industri Kuis Prof Madya Dr Mokmin Basri (tiga, kiri) menyampaikan cenderahati kepada Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah semasa kunjungan Mahabbah Aidilfitri Yide ke kampus Kuis di Bandar Seri Putra, Bangi pada 13 Mei 2022. Foto Facebook Kuis
AGENSIBERITA UTAMAPENDIDIKANSELANGOR

Kuis sedia tawar kursus perkasa pendidikan anak yatim seliaan Yide

SHAH ALAM, 17 MEI: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) sedia menawarkan kursus bersesuaian kepada anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Hala tuju pendidikan anak yatim itu dibincangkan dalam pertemuan antara Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Komuniti dan Industri Kuis Prof Madya Dr Mokmin Basri bersama Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah di kampus kolej itu di Bandar Seri Putra, Bangi pada 13 Mei lalu.

“Hasil daripada kunjungan ini dilihat mampu membuka peluang buat Kuis menjalin beberapa kerjasama dalam melaksanakan program kebajikan dan kemasyarakatan bersama Yide pada masa akan datang,” menurut Kuis menerusi Facebook.

Sementara itu, Yide percaya kerjasama strategik antara kedua-dua pihak akan memberi impak positif terhadap anak yatim.

“Insya-Allah sinergi kerjasama Yide dan Kuis akan diterjemahkan kerana ianya akan memberi impak yang baik khususnya kepada anak-anak yatim ini,” katanya.


Pengarang :