Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama tetamu yang hadir dalam Majlis Sambutan Aidilfitri dan Rapat Mega #kitasemuakeadilan Cabang Shah Alam di Dewan Jenjarum Seksyen 11, Shah Alam pada 16 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kukuhkan KEADILAN menjelang PRU15, raih keyakinan rakyat

SHAH ALAM, 16 MEI: Calon timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyeru semua anggota mengukuhkan organisasi parti sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ahli yang kuat, berfungsi dan bersatu dalam apa jua keadaan boleh menyakinkan rakyat selain dihormati pihak lawan.

“Untuk ke hadapan kita perlu memastikan parti kita kuat, bersatu kemudian bergerak sebagai satu pasukan, sebagai contoh organisasinya, wanitanya, angkatan muda dan cabang mesti terurus.

“Kuatkan KEADILAN sebelum masuk PRU15 dan tawarkan sesuatu tawaran yang benar-benar meyakinkan rakyat. Rakyat tidak yakin jika parti itu tidak kuat,” katanya berucap pada Majlis Mesra Aidilfitri dan Rapat Mega #kitasemuakeadilan cabang Shah Alam di Dewan Jenjarom di sini hari ini.

Pengundian parti bermula di Kelantan dan Terengganu pada 12 Mei diikuti Pahang dan Wilayah Persekutuan (13 Mei) sementara Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan (16 Mei).

Pemilihan di Selangor pula dijadual pada 21 Mei diikuti Perak, Sabah dan Sarawak keesokannya.

Undian dalam talian dijalankan antara 18 hingga 20 Mei melalui aplikasi Adil manakala pengundian dalam talian bagi ahli di luar negara diadakan pada 17 Mei.

Jawatan timbalan presiden menyaksikan pertandingan antara Saifuddin dan Rafizi Ramli.


Pengarang :