Selangorkini
Petugas kesihatan memberi suntikan pelalian kepada remaja di pusat pemberian vaksin Bangi Avenue Convention Centre, Kajang pada 30 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Lebih 2.9 juta remaja lengkap dos vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 23 MEI: Sebanyak 1,119,411 atau 31.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 1,676,457 atau 47.2 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,909,585 atau 93.5 peratus telah lengkap divaskin, manakala 3,006,147 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 16,080,331 atau 68.3 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,972,728 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,248,752 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 13,706 dos harian telah diberikan semalam, terdiri daripada 1,264 suntikan penggalak, 7,377 dos kedua dan 5,065 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,799,796.

Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat Covid-19 semalam dengan masing-masing satu direkodkan di Selangor dan Kedah.

– BERNAMA


Pengarang :