EXCO pertanian Ir Izham Hashim (kanan) melawat tapak jualan ketika program Selangor Agro Market di Taman Tasik Cyberjaya, Sepang pada 30 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Lebih 20 gerai usahawan tani sertai Jelajah Agro Selangor 

SHAH ALAM, 26 MEI: Sebanyak 22 gerai membabitkan usahawan pelbagai bidang pertanian terlibat dalam Jelajah Agro Selangor di Central I-City.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata jelajah itu membabitkan gerai jualan, pameran inovasi teknologi dan produk pertanian.

“Jelajah Agro Selangor adalah mini program Selangor Agro Fest dan mempunyai matlamat hampir sama iaitu berkongsi kemajuan dalam bidang pertanian, ternakan serta tanaman.

“Sasaran jelajah ini lebih memfokuskan usaha menarik minat anak muda dan golongan wanita menceburi bidang pertanian serta mencari jaringan perniagaan antara pengusaha, peniaga dan pengguna,” katanya.

Tambah Izham, selain berkongsi teknologi dalam bidang pertanian, gerai jualan yang menyertai jelajah itu turut menawarkan harga istimewa kepada pengunjung.

“Harga jualan ditawarkan pada jelajah ini cukup murah berbanding di pasaran sebab produk terus daripada pembekal khusus untuk pengguna,” katanya.

Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian, Perladangan dan Industri Asas Tani menganjurkan Jelajah Agro Selangor selama empat hari bermula hari ini di Central I-City.

Program bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu akan diteruskan di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.


Pengarang :