Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Lima daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 11 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 10 pagi ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta seluruh Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Manakala Kedah melibatkan Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar dan Muallim), Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) serta Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :