Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
SELANGOR

Lima daerah diramal alami ribut petir, hujan lebat

SHAH ALAM, 12 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan lima daerah di negeri ini mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 6 petang ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan kawasan terbabit ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling.

Amaran sama turut diramal berlaku di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Dalam pada itu, amaran sama turut diramal berlaku di Sarawak dan Sabah sehingga jam 8 malam ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :