Perbincangan meja bulat anjuran Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 25 Mei 2022 disertai pakar dan peserta melibatkan perundangan daripada pelbagai jabatan serta persatuan. Foto Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais bincang kedudukan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam undang-undang negeri

SHAH ALAM, 25 MEI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menganjurkan perbincangan meja bulat berkaitan keperluan undang-undang negeri ini berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata perbincangan melibatkan beberapa pakar antaranya Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz; Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Zainor Rashid Hassin dan anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Dr Muhammad Ayman Al Akiti.

“Program ini bertujuan mendapatkan input dan pandangan pakar berhubung keperluan peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri.

“Kita mahu menjelaskan kedudukan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai agama Islam yang diamalkan dan dianuti dalam Selangor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Program dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Mais Dato’ Salim Soib. Turut hadir Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir dan Ketua Hakim Syarie Selangor Dato’ Mohammad Adib Husain.

Sementara itu Salim menyambut baik usaha berkenaan yang dilihat dapat menambah baik perundangan sedia ada.

“Semoga dapat mencapai satu resolusi yang boleh menjawab isu-isu berbangkit serta menjadi panduan kepada Mais dalam menentukan hala tuju pindaan undang-undang,” katanya.


Pengarang :