EXCO Hal Ehwal Agama Mohd Zawawi Ahmad Mughni (tengah) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad (dua kanan) pada majlis penyampaian Insentif Rahmah Ramadan pada 28 April 2022. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Mais sumbang 400 kain pelikat kepada pegawai masjid kariah

SHAH ALAM, 1 MEI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang 400 kain pelikat untuk pegawai masjid kariah di seluruh negeri ini minggu lalu.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan sejumlah RM14,000 diperuntuk untuk membeli kain pelikat melalui sumber Baitulmal Mais.

“Penerima sumbangan terdiri daripada pegawai masjid kariah iaitu nazir, imam, bilal dan siak,” maklumnya.

Terdahulu, sumbangan itu diadakan di majlis penyampaian Insentif Rahmah Ramadan kepada pegawai masjid kariah Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Majlis turut dihadiri EXCO Hal Ehwal Agama Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.


Pengarang :