Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menuang air untuk dihidangkan kepada pengunjung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 21 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB: Daerah terbaik anjur majlis Aidilfitri akan diumum, terima RM50,000

KLANG, 22 MEI: Kerajaan Selangor bakal mengumumkan daerah terbaik bagi penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri negeri tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM50,000 akan diberikan sebagai hadiah dan ganjaran kepada pemenang daripada sembilan daerah itu yang menepati ciri-ciri kemeriahan.

“Insya-Allah kita akan bincang perkara ini dalam mesyuarat tertutup dan umumkan dalam masa terdekat mungkin minggu hadapan.

“Namun, terima kasih kepada semua terlibat menganjurkan program rumah terbuka ini termasuk rakyat yang ramai hadir sebagai tanda sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di Kompleks Sukan Pandamaran di sini malam tadi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama pengunjung Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di Kompleks Pandamaran, Klang pada 21 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pada masa sama, Amirudin turut mengucapkan tahniah kepada pegawai daerah dan semua agensi terlibat dalam menjayakan Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di sembilan daerah tahun ini.

“Saya gembira melihat hubungan akrab dan erat termasuk kerjasama hebat antara semua jabatan yang cuba tonjolkan yang terbaik pada program ini,” katanya.

Majlis rumah terbuka negeri diadakan mulai 15 hingga 21 Mei bagi meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19.

Program tersebut membuka tirai pada Ahad lalu di Hulu Selangor diikuti di Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan berakhir di Petaling serta Klang yang dihadiri ribuan pengunjung.


Pengarang :