SHAH ALAM, 12 MEI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menghadiri Majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) hari ini.
Majlis diadakan di Pusat Konvensyan Majlis Bandaraya Shah Alam, dekat sini turut disertai EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim, EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han serta EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman.
Kira-kira 1,500 tetamu terdiri dari pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta wakil kedutaan serta pihak pelabur turut sama memeriahkan majlis.
Tetamu dihidangkan makanan raya antaranya lemang, nasi impit, rendang, kuah kacang serta kuih muih tradisional selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian.
Tahun ini Kerajaan Selangor turut mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di setiap daerah bagi meraikan rakyat bermula Ahad ini hingga 21 Mei.