Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) melancarkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) sempena majlis sambutan Hari Guru 2022 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 20 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB hadir sambutan Hari Guru, lancar program tuisyen percuma

SHAH ALAM, 20 MEI: Dato’ Menteri Besar menghadiri sambutan Hari Guru 2022 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Dato’ Seri Amirudin Shari turut melancarkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi membantu pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Rohayati Abd Hamed dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Amirudin ketika berucap meluahkan kesyukuran kerana buat julung kali sambutan Hari Guru dirai bersama pelancaran PTRS.

“Program ini manifestasi kepada kerjasama yang erat bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor khususnya dalam melaksanakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri iaitu PTRS.

“Peranan guru bukan sahaja untuk menyampaikan ilmu kepada murid, malah memastikan mereka mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semulajadi,” katanya.


Pengarang :