Orang ramai menikmati juadah pada majlis Rumah Terbuka Negeri Selangor Peringkat Daerah Kuala Langat di pekarangan Stadium Jugra, Banting pada 19 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMA

MB: Kutipan hasil negeri cecah RM1 bilion, yakin capai sasaran ditetapkan

KUALA LANGAT, 20 MEI: Kerajaan Selangor berjaya memperoleh kutipan hasil sebanyak RM1 bilion bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Justeru, Dato’ Seri Amirudin Shari yakin kutipan hasil bakal mencapai sasaran ditetapkan tahun ini iaitu RM2.05 bilion berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.

Berikutan itu, beliau menyatakan penghargaan kepada usaha dan pengorbanan seluruh penjawat awam, jabatan dan masyarakat yang berusaha keras memajukan negeri ini.

“Saya harap hubungan semua pihak dengan komuniti lebih akrab. Setiap peruntukan dan dasar dilakukan Kerajaan Negeri akan disalurkan kembali kepada semua,” katanya berucap di majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri di Stadium Jugra di sini malam tadi.

Tahun lalu Kerajaan Selangor berjaya mengutip hasil berjumlah RM2.23 bilion, melebihi sasaran awal sebanyak RM2.2 bilion.

Bagaimanapun tahun ini sasaran diturunkan kepada RM2.05 bilion susulan pandemik Covid-19 yang berlarutan sejak Mac 2020.


Pengarang :