Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate Noor Hisham Mohd Ghouth merasmikan Pusat Penjagaan Kesihatan Bersepadu Selgate di Unisel Shah Alam pada 19 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB lancar pusat kesihatan bersepadu, perkukuh agenda rakyat sihat

SHAH ALAM, 19 MEI: Dato’ Menteri Besar melancarkan pusat penjagaan kesihatan bersepadu Selgate di Universiti Selangor (Unisel) di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembukaan pusat penjagaan kesihatan itu membuktikan komitmen negeri untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat.

“Saya percaya dengan wujudnya kemudahan seperti ini hari ini membuktikan kita bersungguh-sungguh meningkatkan aspek kesihatan dan bukan hanya berorentasi keuntungan.

“Trek rekod Kerajaan Negeri dibuktikan dengan program kepedulian kesihatan dan hari ini kita melebarkannya dengan program Selangor Saring untuk memperkukuh agenda kesihatan,” katanya merasmikan pembukaan pusat penjagaan kesihatan itu.

Pembukaan pusat kesihatan bernilai RM3.5 juta itu merangkumi klinik awam, klinik pergigian, farmasi Jovian Selcare dan makmal diagnostik.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate Noor Hisham Mohd Ghouth berkata langkah itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menambah baik dan menaik taraf perkhidmatan kesihatan di kawasan bandar khususnya di Shah Alam.

“Walaupun kita berada dalam keadaan yang tidak menentu, namun akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik tidak harus dikompromi.

“Kami mahu menyediakan orang ramai penjagaan berterusan, memberikan mereka lebih banyak kemudahan dan akses kepada perundingan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan tenaga kepakaran,” katanya.


Pengarang :