Calon Ketua Cabang Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) dan Farhash Wafa Salvador (tiga,kiri) bergambar bersama sempena pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Dewan Beringin Sri Gombak, Batu Caves pada 21 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB luang masa tinjau proses pemilihan KEADILAN Cabang Gombak

GOMBAK, 21 MEI: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa meninjau proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Gombak hari ini.

Beliau tiba di Dewan Beringin, Sri Gombak kira-kira jam 2.15 petang diiringi beberapa wakil calon yang bertanding.

Bagi pemilihan penggal 2022/2024, Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar menawarkan diri merebut jawatan ketua cabang Gombak.

Beliau yang merupakan penyandang kerusi dicabar Pengerusi KEADILAN Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Kedua-dua mereka turut bersaing merebut jawatan naib presiden bersama 16 calon lain.

Buat julung kali pemilihan parti diadakan secara hibrid bermula 13 Mei dan menyaksikan persaingan sengit 11,282 calon bagi merebut pelbagai jawatan.

Pengundian secara fizikal di seluruh Selangor ditetapkan hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Dewan Beringin Sri Gombak, Batu Caves pada 21 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :